Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Ringgit mencatat lantunan daripada aliran menurun minggu lepas untuk dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini berikutan sentimen lebih baik dengan pasaran saham dunia yang menunjukkan pemulihan, kata peniaga.

Pada 9 pagi, ringgit berada pada 3.9280/9330 berbanding mata wang negara maju itu daripada 3.9370/9410 ketika ditutup pada Jumaat lepas.

Dolar AS melepasi penyusutan baru-baru ini didorong kestabilan di pasaran saham, yang sebelum ini mengalami penjualan disebabkan kebimbangan terhadap kenaikan kadar faedah.

Peniaga berkata, minat risiko terhadap mata wang tempatan turut disokong jangkaan positif bagi pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) setahun penuh 2017 Malaysia, yang dijadualkan diumumkan pada Rabu.

"Beberapa penganalisis mengunjurkan pertumbuhan KDNK 2017 pada 5.8 peratus berbanding 4.2 peratus pada 2016,” katanya.

Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama.

Nota tempatan susut berbanding dolar Singapura kepada 2.9612/9656 daripada 2.9604/9643 pada Jumaat lepas dan rendah berbanding yen kepada 3.6139/6195 daripada 3.6096/6143.

Ringgit bagaimanapun meningkat berbanding pound kepada 5.4332/4409 daripada 5.4795/4859 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas dan tinggi berbanding yen kepada 4.8177/8254 daripada 4.8279/8344.

-Bernama

Lihat Komen
ADS