Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang bakal diadakan pada tahun ini, tidak akan menjejaskan pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kata ketua pegawai eksekutifnya, Datuk Shahril Ridza Ridzuan.

Menurut beliau, isu berkaitan politik hanya akan memberi kesan jangka pendek memandangkan pelaburan KWSP lebih memfokuskan kepada kesan jangka panjang.

“Kebanyakannya akan memberi tumpuan kepada hasil korporat dan acara berkaitan politik biasanya memberi kesan jangka pendek kepada pasaran.

“Kebanyakkan pelabur jangka masa panjang seperti kami lebih menumpukan kepada pelaburan jangka masa panjang dan ia juga didorong dengan faktor mikroekonomi, faktor struktur yang masuk ke dalam pertumbuhan unjuran kita.

“Jadi, kami sebenarnya melihat kepada kedua-duanya iaitu pertumbuhan (ekonomi) dunia dan domestik. Saya rasa kami dalam keadaan yang sangat selesa dengan keadaan sekarang.

“Dari pandangan pelabur, mereka selesa dengan keadaan keseluruhan mikroekonomi domestik,” katanya pada sesi penerangan bersama media di ibu pejabat KWSP di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan pemberita berhubung keadaan pelaburan KWSP menjelang pilihan raya umum yang mesti diadakan pada tahun ini.

[Berita penuh menyusul]