Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
NGO minta SPRM siasat dakwaan rasuah pemimpin PKR

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa menyiasat dakwaan rasuah melibatkan Ketua Cabang PKR Sungai Besar, Mohd Fauzi Ahmad dan Ketua Cabang PKR Sabak Bernam, Abu Talib Bujang berkaitan tender penganjuran Ekspo Raya Aidilfitri 2016 di Sungai Besar, Selangor.

Pengerusi Nadi Rakyat Sungai Besar, Khairulnaem Abu Samah berkata sebagaimana dakwaan yang didedahkan oleh Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin baru-baru, pihaknya berharap agar perkara itu disiasat kerana ia melibatkan kepentingan rakyat Selangor.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan entri blog Badrul Hisham berkaitan dakwaan rasuah berkenaan kepada pihak SPRM di ibu pejabat suruhanjaya berkenaan di Putrajaya hari ini.

Menerusi entri blog chegubard.blogspot.my bertarikh 5 Feb lalu, Badrul Hisham mendakwa berlaku perbuatan rasuah ketika Mohd Fauzi dan Abu Talib menjadi Ahli Majlis sebuah majlis daerah. -Bernama

Lihat Komen
ADS