Sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada 23 Mac ini akan ditangguhkan.
Walau bagaimanapun, cuti kelepasan am pada tarikh tersebut tetap dikekalkan, kata Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli, menerusi satu kenyataan media hari ini.
“Jumaah Majlis Diraja menjunjung titah Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenaan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan rasmi baginda pada Jumaat, 23 Mac 2018 adalah ditangguhkan kepada satu tarikh yang akan ditetapkan kelak."
“Bagaimanapun, hari lepasan am pada 23 Mac dikekalkan,” kata beliau.
