Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Ciri-ciri LGBT Sinar Harian jadi berita antarabangsa
Diterbitkan:  Feb 13, 2018 12:57 PM
Dikemaskini: 5:03 AM

Artikel Sinar Harian berhubung homoseksual dan bagaimana untuk mengenali golongan itu, termasuk mereka yang suka ke gym - bukan untuk bersenam tetapi lebih kepada melihat lelaki lain - dan memakai baju ketat untuk tunjuk six pack (otot perut), telah menjadi berita antarabangsa.

Beberapa penerbitan asing memetik laporan itu, yang turut mengundang bidasan daripada pelbagai pihak.

Antara penerbitan yang melaporkannya semula ialah The Guardian, Washington Post, Evening Standard, UK, Huffington Post, news.com.au, NZ Herald dan beberapa yang lain.

Menurut laporan Sinar Harian pada 9 Februari lalu, lelaki gay, antara lain, gemar menimpan janggut dan misai dan memakai pakaian berjenama.

"Bagi gay yang berperanan sebagai perempuan pula, mereka suka melihat lelaki kacak (biasanya mata membulat apabila melihat lelaki kacak,” petik laporan itu.

Bagi golongan lesbian pula, akhbar Melayu itu berkata, mereka membenci lelaki dan suka memburukkan lelaki, suka menyendiri, kuat cemburu, berjalan berpelukan dan berpegangan tangan sesama mereka.

Sinar Harian juga memetik seorang pendakwah, Ustaz Hanafiah Abd Malek sebagai berpandangan, masalah Lesbian, Gay, Bisexual and Transgender (LGBT) semakin ketara di Malaysia.

Katanya, cara terbaik untuk berdakwah dengan golongan LBGT ini adalah melalui amalan “banyakkan memujuk daripada menghukum” serta menghampiri mereka dengan kasih sayang dan mengambil tahu perihal mereka.

Katanya, jika berkasar, golongan itu mungkin akan memberontak dan sukar untuk dibimbing.

Pada tahun 2012, garis panduan Kementerian Pendidikan untuk ibu bapa yang ingin mengenali gejala homoseksual di kalangan anak-anak mereka juga menjadi berita antarabangsa.

Antara lain, garis panduan itu menyatakan bahawa lelaki gay mempunyai badan berotot dan gemar mempamerkan tubuh mereka dengan memakai pakaian t shirt tanpa lengan.

Lihat Komen
ADS