Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
KWSP: Integriti maklumat, simpanan ahli tak terjejas
Diterbitkan:  Feb 13, 2018 1:31 PM
Dikemaskini: 5:58 AM

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memberi jaminan integriti maklumat dan simpanan ahli tidak terjejas dengan kebakaran bangunannya di Petaling Jaya hari ini.

“Kami akan sentiasa memantau situasi dan akan memaklumkan sebarang perkembangan setelah operasi cawangan dibuka semula,” menurut kenyataan jabatan hal ehwal korporatnya.

Agensi itu juga menyatakan pejabat itu ditutup buat sementara waktu ekoran kebarakan yang berlaku hari ini.

Kata kenyataan itu penutupan itu akan berlangsung sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Menurut KWSP sesiapa yang ingin menjalankan sebarang transaksi dengan badan itu, dinasihati berhubung atau mengunjungi cawangan terdekat.

Antara cawangan KWSP yang paling hampir dengan pejabat di Petaling Jaya itu ialah di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

"Selain itu, ahli KWSP boleh menghubungi Pusat Pengurusan Pelanggan di 03-8922 6000 atau menghantar pertanyaan melalui lamanweb myEPF di http://enquiry.kwsp.gov.my," katanya.

Lihat Komen
ADS