Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
'Tolak ansur bukan sebab suka Hadi tapi...'
Diterbitkan:  Feb 14, 2018 11:29 AM
Dikemaskini: 3:37 AM

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali dilapor sekali lagi menegaskan beliau tidak akan bekerjasama dengan PAS dalam pilihan raya umum akan datang.

“Saya telah lama bertolak ansur dengan mereka, dan saya telah cuba bersabar seboleh mungkin, katanya dalam wawancara dengan Nanyang Siang Pau.

Azmin juga menafikan berunding dengan PAS untuk pembahagian kerusi pilihan raya di Selangor atau membuat perjanjian sulit dengan parti itu.

Timbalan presiden PKR itu juga berkata beliau hanya membenarkan PAS menjadi sebahagian daripada kerajaan Selangor sehingga mandat yang diperoleh pada 2013 tamat.

Akhbar Cina itu juga menyifatkan Azmin terkenal sebagai pemimpin yang penyabar.

Malah, lapor Nanyang Siang Pau, dalam wawancara itu, beliau tiga kali menyebut berkaitan toleransi dengan PAS.

“Saya bertolak ansur dengan PAS bukan kerana saya suka Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, tetapi kerana mereka tidak menyimpang daripada dasar-dasar (kerajaan negeri), yang melayan rakyat secara adil,” katanya.

“Susulan perkembangan ini, kami jangkakan lebih banyak tiga penjuru (di Selangor) dan kami sedia untuk itu. Berdasarkan rekod dan dasar-dasar yang memberi manfaat kepada rakyat, kita akan dapat terus berkuasa di Selangor,” katanya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS