Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Hari pertama bawa kereta, kereta terbakar
Diterbitkan:  Feb 14, 2018 12:25 PM
Dikemaskini: 4:27 AM

Malang tidak berbau.

Begitulah yang dihadapi oleh seorang kerani bahagian pengeluaran KWSP Mohd Riduan Mat Rosli apabila kereta yang pertama kali dibawa ke pejabat rosak akibat kebakaran dibangunkan itu, semalam.

Pemuda berusia 29 tahun itu berkata kereta jenis Perodua Myvi miliknya mengalami 60 peratus kerosakan akibat terkena runtuhan struktur bangunan yang yang terbakar.

Katanya, beliau terfikir untuk mengalihkan kereta tersebut di tempat selamat namun dihalang oleh rakan kerana bimbang akan keselamatannya.

Kereta tersebut rosak teruk pada bahagian depan termasuk enjin.

Katanya, beliau membuat keputusan untuk memandu kereta itu ke pejabat kerana mahu memindahkan barang di rumah sewa di Petaling Jaya.

“Kereta ini adalah kereta pertama yang saya beli sebab dengan niat mudahkan adik beradik dan keluarga,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Mohd Riduan yang bekerja di KWSP sejak 10 tahun lalu berkata kereta berkenaan dibeli tiga bulan lalu dengan harga RM49,000.

Dalam insiden kebakaran jam 11.30 pagi semalam di bangunan KWSP setinggi enam tingkat itu menyebabkan dua lagi kenderaan jenis Proton Wira dan Toyota Vios ditimpa struktur bangunan.

Seramai 520 kakitangan yang bertugas di bangunan itu bagaimanapun dilaporkan selamat.

Lihat Komen
ADS