Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Pelarasan Kadar Dasar Semalaman (OPR) mencerminkan kadar faedah utama kembali ke paras normal dan bukannya pengetatan kedudukan monetari, kata Bank Negara Malaysia.

Pada 25 Jan, 2018, Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) mengembalikan tahap monetari ke paras normal dengan menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 3.25 peratus.

“Unjuran makro ekonomi yang terus positif memberi peluang kepada MPC untuk mengambil langkah awal,” kata BNM di luar pengumuman pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku keempat 2017 dan data setahun penuh.

Ekonomi Malaysia berkembang 5.9 peratus pada 2017 berbanding 4.2 peratus pada 2016.

Bank pusat berkata dasar monetari semasa terus akomodatif dan akan menjamin prospek pertumbuhan mampan.

- Bernama

Lihat Komen
ADS