Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PM: Tiada rakyat Malaysia yang akan tercicir
Diterbitkan:  Feb 14, 2018 4:22 PM
Dikemaskini: 8:27 AM

Dalam perutusan Tahun Baru Cina 2018, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berikrar tiada rakyat Malaysia yang akan tercicir di belakang.

"Saya komited untuk memastikan tiada rakyat Malaysia yang akan tercicir di belakang, bahawa masa depan untuk anak-anak kita akan lebih baik daripada kita dan kita akan berkembang dengan lebih kuat dan teguh bersatu.

"Saya berharap Tahun Anjing akan membawa kemakmuran dan kesihatan yang baik kepada anda seisi keluarga dan semoga kita akan terus berbangga serta komited kepada Negaraku, sebuah negara yang kita cintai," kata Najib dalam hantaran di blog beliau.

Beliau berkata masyarakat Cina telah membuat 'sumbangan yang besar' kepada negara secara budaya dan ekonomi. Beliau juga memuji masyarakat Cina yang memainkan peranan dalam 'pembinaan negara bangsa'.

Lihat Komen
ADS