Muhyiddin nafi ada kaitan dalam skandal NFC

   

Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membidas kembali Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Datuk Puad Zarkashi yang mendakwa dirinya mendiamkan diri berhubung isu National Feedlot Corporation (NFC).

Presiden Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) itu mengakui
ia ditandatangani semasa beliau jadi menteri pertanian.

Bagaimanapun, Muhyiddin berkata namanya langsung tidak dikaitkan dalam kes berkenaan.

Sehubungan itu Muhyiddin berkata, Puad sepatutnya tidak membangkitkan persoalan terhadap anggota parlimen Pagoh itu tetapi beliau perlu mengajukan soalan kepada pihak yang mengusahakan projek tersebut.

"Dia (Puad) tak payah nak cabar saya pun. Kes ini semua dah tahu. Kes ini langsung tidak babitkan nama saya.

"Saya akui ia ditanda tangan semasa saya jadi menteri pertanian kerana pimpinan masa itu Tun Abdullah (Ahmad Badawi) ingin meningkatkan hasil pengeluaran negara.

"Yang patut Puad tanya ialah kenapa tidak diambil tindakan terhadap pengusaha yang mengusahakan projek itu hingga gagal," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di ibu pejabat BERSATU di Petaling Jaya.

[Berita penuh menyusul]

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.