Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Timbalan Presiden Pakatan Harapan (HARAPAN) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sekiranya ada negeri yang mempunyai kesukaran dalam pembahagian kerusi pihaknya tidak mempunyai masalah untuk turun padang membantu.

Walaupun tugas rundingan di peringkat DUN diberikan kepada HARAPAN negeri, namun jika masih tidak mencapai kata sepakat, pihak pimpinan Pusat akan membantu menyelesaikannya.

"Kalau di peringkat negeri tak dapat selesaikan dan memerlukan pasukan dari peringkat nasional untuk bantu, tak ada masalah.

"Contohnya seperti rundingan di kerusi-kerusi yang hangat dan nak minta Pusat duduk bersama dengan negeri.

"Bukan sahaja di Kelantan tapi di negeri-negeri lain yang perlu campur tangan dari nasional, kita akan bantu," katanya pada sidang media di Petaling Jaya hari ini.

Enam pertemuan tanpa kata putus

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan berhubung HARAPAN Kelantan ingin membawa masalah berkaitan pembahagian kerusi DUN antara parti komponen negeri itu yang menemui jalan buntu.

Ia ekoran isu pembahagian 14 kerusi DUN Kelantan belum diberi kata putus untuk diberi mandat kepada mana-mana parti dalam HARAPAN walaupun sudah enam kali pertemuan diadakan.

Dipercayai perebutan itu berlaku di kalangan pimpinan HARAPAN negeri.

Selain itu, Muhyiddin yang merupakan presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) turut memberitahu rundingan kerusi di beberapa negeri telah selesai.

Antara negeri yang dimaksudkan ialah di Johor, Perlis dan Kedah.

"Negeri lain parti-parti sedang berunding. Majlis Presiden Pakatan Harapan dah bagi tempoh. Saya fikir sebelum akhir bulan ini selesai," katanya lagi.

Lihat Komen
ADS