Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyoal-siasat Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II P Ramasamy selama enam jam berhubung peranan dan keterlibatan beliau dalam projek terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion itu.

Ramasamy hadir di pejabat SPRM Pulau Pinang pada jam 9 pagi hari ini dan dilepaskan pada jam 4 petang tadi.

Sebagaimana exco negeri Lim Hock Seng yang disoal-siasat selama 12 jam semalam, Ramasamy diambil keterangannya sebagai saksi dan bukan sebagai suspek dalam siasatan SPRM terhadap projek tersebut yang bermula awal tahun ini.

Beliau tiba di luar bangunan SPRM dengan ditemani peguam beliau Ajit Singh dan pensyarah undang-undang Shamsher Singh Thind.

"Kebanyakan masa untuk menentusahkan dokumen, termasuklan minit mesyuarat projek terowong itu.

"Saya juga ditanya hubungan saya dengan dua pegawai tinggi bergelar Datuk yang ditahan SPRM untuk membantu siasatan pada bulan lalu.

"Saya hanya mengenali mereka kerana bertemu dalam majlis dan mesyuarat rasmi," kata Ramasamy memberitahu Malaysiakini.

Beliau juga berkata para pegawai SPRM yang menyoal-siasat beliau bersikap sopan dan 'hanya menjalankan tugas merkea'.

SPRM telah menyoal lebih daripada 70 individu dan menahan empat pegawai atasan yang terlibat dalam projek terowong itu bagi membantu siasatan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS