Ekonomi M'sia berada di landasan tepat - Najib

   

Pertumbuhan ekonomi negara yang berkembang sebanyak 5.9 peratus pada 2017 membuktikan ekonomi Malaysia berada di landasan yang tepat, kata ​​​​​​Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau yang juga menteri kewangan berkata pencapaian itu mampu dicapai melalui perencanaan rapi dan dasar ekonomi negara yang kukuh.

“Alhamdulillah, melalui perencanaan rapi dan dasar ekonomi yang kukuh, ekonomi Malaysia berkembang 5.9 peratus pada suku keempat 2017.

“Ini menjadikan pertumbuhan keseluruhan bagi 2017 juga 5.9 peratus berbanding 4.2 peratus pada 2016. Kita di landasan tepat!,” katanya menerusi akaun Twitternya @NajibRazak semalam.

Terdahulu, Bank Negara Malaysia mengumumkan Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia menokok 5.9 peratus pada 2017, dengan permintaan sektor swasta terus menjadi pemacu utama pertumbuhan.

- Bernama
 

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.