Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Konsert Denise Ho batal kerana LGBT
Diterbitkan:  Feb 15, 2018 8:23 PM
Dikemaskini: 12:30 PM

Penyanyi Hong Kong Denise Ho terpaksa membatalkan konsert Dear Self, Dear World yang dijadual berlangsung 14 April depan di ibu negara selepas permitnya ditolak.

Denise yakin alasan yang mengaitkan dirinya sebagai penyokong aktif komuniti Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) menjadi punca utama permit berkenaan ditolak.

“Peminat di Malaysia saya minta maaf. Selepas penganjur bersama mengadakan rundingan selama dua minggu, kami menerima panggilan yang menyatakan permit persembahan tidak diluluskan kelmarin.

“Menurut rakan sekerja yang menjawab panggilan berkenaan, ia disebabkan peranan saya di dalam komuniti terbabit. Sepucuk surat rasmi diterima hari ini. Bagaimanapun, alasan sebenar tidak dinyatakan.

“Ia cuma memaklumkan beberapa isu perlu diselesaikan jika artis berkenaan ingin dibawa masuk ke negara ini,” katanya melalui Facebook.

Selain menjadi penyokong LGBT, Denis, 40, atau lebih dikenali sebagai HOCC itu juga sebenarnya ligat menjadi aktivis pro-demokrasi termasuk Gerakan Payung Hong Kong.

Denise terkenal dengan lagu-lagu seperti Angel Blues dan Goodbye...Rosemary. Dia berjaya menggondol beberapa pengiktirafan muzik di Hong Kong termasuk Anugerah Cash Golden Sail Music melalui kedua-dua single berkenaan.

Beberapa tahun sejak kebelakangan ini, sejumlah penyokong aktivis pro-demokrasi Hong Kong diharamkan dari memasuki Malaysia termasuk Joshua Wong.

Wong dikenali hingga ke peringkat antarabangsa kerana peranannya dalam Gerakan Payung pada 2014.

Pengaruh Wong dalam gerakan pro-demokrasi Hong Kong diiktiraf dalam majalah Time sebagai Remaja Paling Berpengaruh pada 2014.

Beliau juga dicalonkan untuk kategori Person of The Year 2014 untuk majalah sama.

Bagaimanapun, Denise tidak menjelaskan lebih terperinci pihak berkuasa yang menolak permohonan permit untuk konsertnya.

Malaysiakini sudah menghubungi beberapa jabatan kerajaan termasuk Jabatan Imigresen untuk maklum balas.
 

Lihat Komen
ADS