Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Seorang lelaki ditahan di Bandar Baru Selayang, Batu Caves di Kuala Lumpur, semalam kerana disyaki menghina dan menularkan gambar seorang anggota polis di laman sosial.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul Supt Mohamed Rafiq Mohamed Mustafa berkata lelaki berusia 21 tahun itu ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul kira-kira 2.10 pagi.

Beliau berkata lelaki itu didakwa merakam gambar semasa disaman dan menularkannya kerana ingin menjatuhkan imej polis selepas tidak berpuas hati dengan tindakan yang dikenakan terhadapnya.

"Polis merampas sebuah telefon bimbit bagi membantu siasatan," kata Mohamed Rafiq dalam kenyataan malam tadi.

Semasa rondaan di sekitar Taman Desa Bakti di sini, anggota polis berkenaan menahan lelaki itu kira-kira 6.30 petang kerana tidak memakai topi keledar sebelum mengeluarkan saman terhadapnya.


-Bernama
 

Lihat Komen
ADS