Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Pembangkang terdesak mahu menang PRU14'
Diterbitkan:  Feb 18, 2018 2:01 PM
Dikemaskini: 6:05 AM

Penggerak kempen #undirosak Maryam Lee menyifatkan pembangkang kini terlalu terdesak sehingga sanggup menggadaikan segala prinsip anti perkauman dan anti autoritarian untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Katanya, kemasukan Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) ke dalam Pakatan Harapan (HARAPAN) juga telah telah menghapuskan segala legitimasi mereka untuk mengubah budaya politik negara.

Beliau berkata selagi pembangkang mengamalkan budaya politik taksub dan mendewakan pemimpin serta mempergunakan sentimen agama maka budaya politik Malaysia tidak akan maju.

“Apabila pemimpin pun mengamalkan politik toksik seperti itu, maka tidak hairanlah kalau pengikutnya juga taksub berlebihan dan membuli sesiapa sahaja yang dilihat lawan,” kata Maryam dalam wawancaranya bersama akhbar Mingguan Malaysia hari ini.

Graduan UiTM itu turut berkata isu seperti perumahan, gaji minimum, pendidikan, perubatan perlu diberikan perhatian khusus namun perkara itu seolah-olah tenggelam kerana pihak pembangkang hanya berpolitik dan bertelagah sesama sendiri.

Maryam berkata demikian ketika diminta mengulas tindakannya yang tidak menyokong pembangkang maka dilabel tidak mahu menjatuhkan perdana menteri.

Pada 25 Januari lalu, Maryam menyuarakan pandangan berbeza dalam forum '#UndiRosak: Kau Nak Apa Sebenarnya?' yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur.

Kempen #UndiRosak atau #SpoiltVote dan 'ProtesPRU' yang kini tular menerusi laman sosial mengajak golongan muda agar merosakkan undi pada pilihan raya umum akan datang dengan penggeraknya dilaporkan memberi alasan tiada perbezaan memilih di antara Barisan Nasional atau HARAPAN.

Mengulas perkara itu Maryam berkata pembangkang tidak bersetuju dengan kempen tersebut atas sebab-sebab tertentu.

Katanya, beliau sebelum ini mungkin dikenali sebagai propembangkang kerana sering mengkritik kerajaan.

“Sedangkan saya tidak pernah bersuara untuk menyokong mana-mana parti politik. Pendirian politik saya adalah berdasarkan prinsip-prinsip demokrasi, keadilan dan kesejahteraan rakyat.

“Sesiapa sahaja yang saya lihat tidak mendokong prinsip-prinsip itu akan saya kritik,” katanya sebagaimana dilaporkan.

Lihat Komen
ADS