Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Wanita Saudi kini dibenarkan meniaga
Diterbitkan:  Feb 19, 2018 11:12 AM
Dikemaskini: 3:14 AM

GLOBAL l Perempuan Arab Saudi kini dilapor dibenarkan bergiat dalam bidang perniagaan tanpa kebenaran mahram.

Negara yang terkenal dengan undang-undang ketat terhadap wanita itu bertindak demikian sebagai usaha ke arah menjadi masyarakat lebih terbuka selain tuntutan sektor swasta yang makin mendesak.

“Kaum wanita kini boleh jalankan perniagaan dan mendapat faedah daripada perkhidmatan elektronik (kerajaan) tanpa perlu membuktikan kebenaran dari penjaga,” kata Kementerian Perdagangan dan Pelaburan di laman webnya.

Sebelum ini, kertas kerja melibatkan kerajaan, perjalanan dan pendaftaran memerlukan kebenaran muhrimnya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS