Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
DAP: Pemimpin MCA terperangkap dalam 'politik Cina'
Diterbitkan:  Feb 19, 2018 2:00 PM
Dikemaskini: 6:35 AM

Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong masih terperangkap dalam “kotak politik Cina” ketika masyarakat itu sudah menuntut Malaysia yang lebih baik untuk semua, kata DAP.

Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong berkata Wee bermain permainan kaum lapuk dengan menanam ketakutan terhadap pengundi Cina yang beralih arah kepada pembangkang.

Liew berkata, perkara itu dilakukan dengan mendakwa Parti Bumiputera Bersatu Malaysia (BERSATU) tiada beza dengan Umno, dan kedua-duanya akan bekerjasama mengekalkan pengaruh Tun Dr Mahathir Mohamad selepas pilihan raya.


Baca: MCA nafi ramal Umno kalah PRU


“Pertama sekali, bila Umno hilang kuasa, ini bermakna Umno tidak lagi memiliki sekurang-kurangnya 40 dari 88 kerusi pusat yang dimenangi pada 2013. Ini bermaksud parti-parti komponen Pakatan Harapan menang semua kerusi itu.

“Ketika itu, tiada keperluan anggota parlimen Umno lompat parti, kerana HARAPAN sudah memperoleh majoriti. Pada ketika itu, Umno akan jadi pembangkang,” katanya.

Liew berkata demikian ketika mengulas wawancara eksklusif Wee (atas) dengan akhbar Cina China Press.

Dalam laporan itu, Wee dikatakan mendakwa BERSATU mungkin bekerjasama dengan “pembangkang terkuat” Umno jika tidak cukup kerusi dalam kerajaan baru HARAPAN.

Menurut Liew juga, laporan itu menyebut jika MCA tewas dan Umno kekal berkuasa, DAP mungkin bekerjasama dengan Umno dan menggantikan tempat MCA sebagai sekutu utamanya.

Wee juga dikatakan menyifatkan pilihan raya umum akan datang sebagai referendum masyarakat Cina terhadap Mahathir untuk menyampaikan mesej “orang Cina tidak percaya beliau”, walaupun tempoh pentadbirannya dihadkan.

Wee bagaimanapun menafikan meramalkan Umno akan kecundang dalam pilihan raya umum akan datang.

[Baca kenyataan penuh Liewl]

Lihat Komen
ADS