Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Seorang peniaga wanita direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah berhubung kes sogokan bernilai RM1,200 terhadap pegawai polis trafik.

Majistret Afiq Agoes membenarkan tahanan reman terhadap suspek wanita berkenaan hari ini, selepas mempertimbangkan permohonan Pegawai Pendakwa SPRM Mohd Faliq Basiruddin.

Suspek berusia 27 tahun dan berasal dari Sarawak itu ditahan SPRM di kediamannya di Bundusan, Penampang pada jam 11.30 pagi semalam.

Difahamkan, dalam kejadian jam 4 pagi semalam (Ahad), suspek ditahan polis dalam operasi Op Mabuk di Jalan Coastal, Kota Kinabalu, setelah didapati memandu di bawah pengaruh alkohol dan dikatakan cuba cuba menyogok pegawai polis yang bertugas di sekatan jalan raya berkenaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 17 (B) Akta SPRM 2009 iaitu kesalahan memberi atau menawarkan suapan rasuah. -Bernama

Lihat Komen
ADS