Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
FZ diarah bayar RM185,000 kerana fitnah Guan Eng
Diterbitkan:  Feb 19, 2018 2:54 PM
Dikemaskini: 6:56 AM

Mahkamah Tinggi Pulau Pinang mengarahkan portal berita FZ.com dan pengarang urusannya Terence Fernandez membayar RM320,000 kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng dan ahli perniagaan Tan Kok Ping kerana memfitnah.

Saman itu berkaitan artikel bertajuk MACC begins probe on Merc purchase (SPRM mula siasat pembelian Mercedes), yang ditulis oleh Fernandez dan disiarkan FZ.com pada 3 Januari 2014.

Artikel itu menyatakan SPRM didakwa cuba menentukan kaitan antara pembelian Mercedes-Benz S300L oleh kerajaan negeri daripada Lowe Motors Sdn Bhd dan Tan, yang dipercayai mempunyai kepentingan dalam syarikat itu.

Bagaimanapun, pada hari yang sama, SPRM, menafikan mengeluarkan kenyataan bahawa mereka mula menyiasat pembelian kenderaan untuk Lim itu.

Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed mengarahkan FZ Sdn Bhd dan Fernandez membayar kerugian am RM150,000 kepada Lim dan RM100,000 kepada Tan dan kos RM35,000 setiap seorang.

Fernandez memberitahu pemberita bahawa beliau akan berbincang dengan peguam untuk memfailkan rayuan.

FZ.com kini tidak lagi beroperasi.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS