Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Wee: Media silap lapor Guan Eng tandingi Ayer Hitam
Diterbitkan:  Feb 19, 2018 8:15 PM
Dikemaskini: 12:49 PM

Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong berkata akhbar milik parti itu, The Star telah tersilap memetik kenyataannya dan beliau tidak pernah menyebut nama Setiausaha Agung MCA Lim Guan Eng dalam sidang akhbarnya semalam.

Wee menyediakan pihak media rakaman audio sidang akhbar yang mana beliau ditanya berkenaan kemungkinan calon 'bidan terjun' bertanding di kerusi parlimen beliau.

Beliau mengulas dalam Bahasa Melayu berkata DAP akan menghantar 'orang kuatnya' bertanding di situ.

"Saya tidak tahu kalau dilihat DAP, diwarwarkan mereka kata nak hantar orang kuat, saya tak tau kuat mcm mana, siapa yang lebih kuat, selain daripada bapak dan anak saya tak nampak siapa lebih kuat daripada mereka.

"Kita lihat semua kemungkinan. Pada mulanya (Lim) Kit Siang turun (ke Ayer Hitam) nampak tak buat pengumuman cuma kata (DAP) nak tawan Ayer Hitam.

"Tapi tidak mengapa lah, ini mungkin percaturan politik mereka, bagi kita tak penting," kata Wee.

Beliau mengulas laporan The Star, terbit hari ini yang mana beliau dipetik sebagai berkata Guan Eng mahu bertanding di sana.

"Kami juga mendengar, Ketua Menteri Pulau Pinang (Lim) Guan Eng mahu bertanding kerusi ini (Ayer Hitam)," kata beliau sebagaimana dipetik akhbar itu.

Guan Eng menafikan mahu bertanding kerusi parlimen di Johor itu.

Wee menjelaskan perkara itu dalam suatu kenyataan hari ini berkata BN Ayer Hitam bersedia untuk mempertahankan kerusi tersebut tanpa mengira siapa lawan tandingan mereka.

The Star telah pun meminda laporan dalam versi atas talian akhbar itu.

Lihat Komen
ADS