Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Isteriku lepas dari genggaman'
Diterbitkan:  Feb 20, 2018 8:57 AM
Dikemaskini: 1:25 AM

Seorang mangsa yang terselamat dalam kejadian pemancing hilang dibawa arus deras di sungai dekat kem tentera, Sungai Buloh semalam, menceritakan detik cemas beliau dan isteri terlepas genggaman sehingga wanita itu dihanyutkan air yang datang secara tiba-tiba.

"Saya sempat berpaut dengan isteri saya sebelum terlepas tangannya hingga dia dibawa arus," kata Mohd Rizal Mat Desa, 31, kepada Bernama mengenai apa yang menimpa Shilawati Zailan, 31.

Mohd Rizal yang tidak dapat menahan kesedihan, berkata beliau turut dihanyutkan arus deras namun sempat menyelamatkan diri dengan berpaut pada dahan sebatang pokok dalam insiden yang berlaku ketika hujan lebat petang tadi.

"Selepas itu, saya ternampak tangan isteri saya dan terus saya terjun semula ke sungai untuk menyelamatkannya namun tidak berjaya," katanya.

Mohd Rizal, yang bekerja sebagai pemandu lori, berkata beliau turut ternampak beberapa orang yang dibawa arus terkapai-kapai meminta pertolongan.

- Bernama

Lihat Komen
ADS