Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Nigeria akan jual semula aset rampasan rasuah
Diterbitkan:  Feb 20, 2018 9:38 AM
Dikemaskini: 1:40 AM

GLOBAL l Nigeria akan menjual semula aset-aset hasil dari rampasan rasuah untuk menambahkan perbendaharaan negara, kata presidennya Muhammadu Buhari.

“Kesemua aset negara yang disalah urus dan diseleweng tetapi diperoleh semula akan dijual dan disalurkan kepada perbendaharaan untuk kepentingan negara,” katanya berdasarkan kenyataan melalui jurucakap.

Langkah itu dibuat setelah kekayaan negara itu telah bertahun-tahun disalah guna oleh pegawai-pegawai kerajaan, lapor Reuters.

Buhari yang dipilih sebagai presiden pada 2015 selepas berjanji membanteras amalan rasuah di negara Afrika itu.

Presiden bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut, termasuk bila jualan akan dibuat.

Lihat Komen
ADS