Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Singapura akan naikkan GST kepada 9%
Diterbitkan:  Feb 20, 2018 1:05 PM
Dikemaskini: 8:02 AM

GLOBAL l Singapura akan menaikkan kadar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kepada 9 peratus antara tahun 2021 hingga 2025.

Menteri kewangan republik itu Heng Swee Keat mengumumkan kenaikan 2 peratus itu dalam ucapan belanjawannya semalam, lapor media tempatan.

Masa tepat untuk kenaikan itu dikuatkuasakan tidak ditetapkan tetapi menurut Heng, bergantung kepada keadaan ekonomi, peningkatan perbelanjaan negara dan keadaan percukaian semasa.

Bagaimanapun, kata Heng lagi, kerajaan akan terus menyerap GST untuk perkhidmatan kesihatan dan pendidikan yang disubsidi kerajaan.

Lihat Komen
ADS