Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Najib, Zahid mohon ketepi dokumen mahkamah Singapura

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memohon untuk memadamkan kira-kira 100 muka surat dokumen mahkamah mengenai prosiding membabitkan tokoh perbankan Yeo Jiawei di Singapura atas alasan ia sekadar khabar angin.

Permohonan itu difailkan oleh peguam Najib dan Ahmad Zahid dari firma Hafarizam Wan Aisha dan Mubarak, minggu lalu sebelum cuti Tahun Baru Cina.

Ini didedahkan oleh bekas pemimpin Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar semasa pengurusan kes di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Norasyida Abdul Rahman hari ini.

Khairuddin ketika ditemui pemberita berkata permohonan itu tidak masuk akal kerana ia datang dari bidang kuasa Komanwel yang serupa dengan Malaysia.

"Tidak masuk akal untuk mendakwa dokumen mahkamah di Singapura sebagai khabar angin dan bukannya sebagai keterangan kerana ia sama seperti menghina mahkamah," kata bekas pemimpin Umno itu.

Yeo dijatuhi hukuman penjara 54 bulan oleh mahkamah Singapura pada Julai lalu, atas tuduhan pengubahan wang haram dan dakwaan menipu yang dikaitkan dengan 1MDB. Dia juga dihukum 30 bulan selepas didapati bersalah kerana mengganggu saksi.

Khairuddin yang adalah penyelaras Deklarasi Rakyat, memfailkan saman terhadap Najib dan Ahmad Zahid atas dakwaan melanggar sumpah jawatan mereka di hadapan Yang di-Pertuan Agong dengan mengelirukan orang ramai mengenai asal usul AS$681 juta yang merupakan dana 1MDB.

Bekas naib ketua Umno bahagian Batu Kawan mahu mahkamah mengisytiharkan bahawa Najib dan Ahmad Zahid telah melanggar sumpah mereka di bawah Jadual Keenam Perlembagaan Persekutuan dan dengan itu tidak layak untuk memegang jawatan masing-masing atau mana-mana kedudukan dalam kabinet.

Dalam pernyataan tuntutannya, Khairuddin, mendakwa bahawa pada Mac 2013, sejumlah AS$681 juta daripada 1MDB telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib. Walau bagaimanapun, Najib berulang-kali berkata wang itu adalah sumbangan daripada seorang penderma Arab.

Khairuddin mendakwa Najib menyedari kenyataan bahawa wang itu berasal dari seorang penderma Arab adalah palsu sedangkan wang itu berasal dari Tanore Corporation Finance, sebuah syarikat yang dikuasai oleh Low Thaek Jho, yang didakwa sebagai rakan Najib.

Sementara itu, Ahmad Zahid memberitahu Dewan Rakyat pada Ogos 2015, bahawa beliau telah berjumpa dengan penderma Arab berkenaan berrhubung sumbangan itu.

Oleh itu, Khairuddin mendakwa bahawa Ahmad Zahid melanggar sumpah jawatannya,

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS