SPRM pantau ahli politik Kelantan terbabit rasuah
SPRM sedang memantau ada di antara ahli politik di Kelantan yang disyaki terbabit dengan rasuah.
Namun Pengarah SPRM Kelantan, Datuk Moh Samsuddin Yusof enggan mendedahkan butiran lanjut individu terbabit mahupun individu tersebut mewakili parti politik yang mana satu.
“Kita ada terima laporan orang politik terlibat rasuah. SPRM sedang siasat dan buat pemantauan,” katanya yang dipetik oleh Sinar Harian.
Moh Samsuddin berkata sepanjang tahun lalu juga, SPRM menerima 201 maklumat berkaitan rasuah di negeri ini.
Katanya, sembilan tangkapan telah dibuat melibatkan pegawai dan kakitangan awam serta seorang individu biasa.
SPRM secara aktif mensasarkan ahli politik Tan Sri Dzulkifli Ahmad dilantik sebagai ketua pesuruhjaya suruhanjaya itu pada 2016.
Antara ahli politik yang pernah ditahan oleh SPRM termasuk bekas pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad dan bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal.

