Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PRU14: SPR sedia kemudahan mengundi mesra OKU
Diterbitkan:  Feb 21, 2018 6:00 AM
Dikemaskini: 10:19 PM

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menyediakan kemudahan lebih selesa kepada orang kelainan upaya (OKU) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) supaya mereka dapat menunaikan hak mengundi dengan lebih yakin dan menjamin kerahsiaan.

Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata antara kemudahan tersebut termasuk membenarkan anggota keluarga atau orang dipercayai untuk menemani mereka semasa pengundian.

Katanya petugas pilihan raya turut disediakan bagi membantu pemilih OKU untuk ke tempat mengundi, selain kemudahan kerusi roda bagi pemilih uzur atau kurang upaya.

"Pemilih OKU juga akan sentiasa diberi keutamaan di pusat-pusat mengundi oleh SPR," katanya dalam kenyataan semalam sebagai mengulas saranan Persatuan Damai Orang Kurang Upaya Malaysia (DAMAI) supaya SPR menyediakan kemudahan pengundian yang mesra OKU.

Mohd Hashim berkata SPR mengambil maklum dan akan meneliti serta mengambil tindakan sewajarnya terhadap saranan yang dikemukakan oleh pihak DAMAI bagi menyediakan kemudahan-kemudahan tambahan lain.

- Bernama

Lihat Komen
ADS