Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Jamal derma pada BERSATU, dakwa RM7 bilion
Diterbitkan:  Feb 21, 2018 12:44 PM
Dikemaskini: 9:57 AM

Pemimpin akar umbi Umno Datuk Datuk Seri Jamal Md Yunos mendakwa beliau telah menderma RM7 bilion kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

'Derma' itu katanya bagi mengelakkan parti pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu tidak lagi meminta bantuan orang ramai untuk berdepan pilihan raya akan datang.

“Saya sebagai rakyat Malaysia terpanggil untuk memberi derma kepada 'Parti Bunga' ini, parti BERSATU dengan jumlah sumbangan Sebanyak US$1.8 bilion (RM7 bilion).

“Ini sumbangan saya kepada Parti Bunga.

“Dan ini cek yang akan saya akan bank in,” katanya sambil menunjukkan cek dalam sidang media di depan sebuah bank di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur.

Dalam sidang media itu, Jamal turut membawa cek olok-olok bersaiz besar untuk dipamerkan kepada wartawan.

Beliau selepas itu memasukkan cek ke dalam mesin deposit cek dan menunjukkan kepada media, tetapi jumlahnya ditutup.

Lihat Komen
ADS