Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis mulia PP dapat insentif RM250 seorang
Diterbitkan:  Feb 21, 2018 3:51 PM
Dikemaskini: 4:35 PM

Empat anggota polis trafik Pulau Pinang menerima habuan tidak terduga apabila usaha mulia mereka membersihkan pasir yang tumpah dari lori 10 tan di Jambatan Pulau Pinang mendapat perhatian ketua menteri.

Kerajaan negeri hari ini bermurah hari memberikan insentif RM250 setiap seorang kepada anggota berpangkat koperal itu kerana melakukan kerja walaupun bidang bidang tugas mereka.

Insiden pada jam 11.15 pagi semalam menyebabkan kesesakan lalu lintas teruk lebih sejam.

Ketua Menteri Lim Guan Eng dalam sidang media di Komtar hari ini memuji sikap anggota pasukan keselamatan itu.

Ketua Polis Pulau Pinang A Thaiveegan turut hadir dalam sidang media itu.

Anggota polis dimaksudkan itu ialah Azidin Ahmad, Mohd Nazri Zainal Abidin, Mohd Zain Mohamed Nor and Noor Ridzwan Mat.

Empat anggota itu turut menerima mesej tahniah daripada Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamed Fuzi Husin.

Lihat Komen
ADS