Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
K’jaan Pulau Pinang gagal dalam cubaan cabar SPR

Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan kerajaan negeri Pulau Pinang berhubung permohonan semakan kehakimannya untuk mencabar pelaksanaan persempadanan semula Suruhanjaya Pilihan Raya.

Dalam keputusan sebulat suara, Hakim Tan Sri Idrus Harun, yang mengetuai panel tiga anggota, berkata hakim Mahkamah Tinggi tidak membuat kesilapan dalam keputusannya pada 20 November tahun lalu untuk tidak memberi kebenaran kepada kerajaan negeri.

Sebelum itu, peguam Leong Cheok Keng, yang mewakili kerajaan negeri Pulau Pinang, memberitahu mahkamah bahawa permohonan semakan kehakiman itu mendapat kelulusan daripada penasihat undang-undang negeri yang disokong oleh Jabatan Peguam Negara, yang membuat bantahan itu.

"Tidak ada merit dalam rayuan ini. Justeru, keputusan Mahkamah Tinggi dikekalkan dan rayuan ini ditolak," kata Hakim Idrus. Beliau tidak membuat sebarang perintah mengenai kos.

Permohonan kerajaan negeri untuk semakan kehakiman hampir sama dengan permohonan kerajaan negeri Selangor yang mengadu mengenai gerimander dan persempadanan kerusi pilihan raya yang tidak seimbang.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS