Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Polis marin rampas 21 bubu udang di Kota Tinggi

Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua merampas 21 bubu udang di perairan Sungai Rengit, dekat Kota Tinggi, semalam.

Komandernya ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata rampasan dilakukan anggota PPM bersama dua bot ronda yang menjalankan Op Pensura bermula 2 petang hingga 6 petang, di perairan tersebut.

"Rampasan dibuat bagi memelihara khazanah dan ekologi laut negara daripada kaedah tangkapan yang salah di sisi undang-undang sehingga boleh menggugat alam semula jadi perairan," katanya menerusi kenyataan di Johor Bahru hari ini.

Khiu berkata tiada sebarang tangkapan terhadap individu dilakukan dan pihaknya menyerahkan kes berkenaan kepada Jabatan Perikanan untuk tindakan selanjutnya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS