Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Ahli akademik terkenal Wan Saiful Wan Jan telah meninggalkan badan pemikir diasaskannya dan dikatakan mahu bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

Sumber dalaman Pakatan Harapan memberitahu Malaysiakini bahawa beliau akan menyertai Parti Bumiputera Bersatu Malaysia (BERSATU) yang diterajui bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sumber-sumber berkata, pengumuman akan dibuat tidak lama lagi.

Bagaimanapun, ketika dihubungi, Ketua Biro Strategi dan Dasar BERSATU Datuk Rais Hussin enggan mengulas mengenai perkara itu.

"Saya tidak mahu mengulas mengenai perkara ini.

“Tetapi saya mengalu-alukan orang ramai dari pelbagai lapisan masyarakat untuk menyertai BERSATU demi perubahan kepada negara," katanya kepada Malaysiakini.

Sumber-sumber juga turut menyatakan ramai lagi rekrut baru dijangka akan menyertai BERSATU tidak lama lagi.

Dalam kenyataan pagi tadi, Wan Saiful mengaitkan pemergiannya daripada Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) dengan "risiko" yang akan dihadapi tidak lama lagi.
"Setelah menghabiskan masa sembilan tahun terakhir dalam hidup saya untuk membina Ideas, tidak mudah bagi saya melangkah pergi.

“Tetapi saya perlu melangkah sekarang atau saya akan menyesal selama-lamanya,” katanya.

Usaha Malaysiakini mendapatkan reaksi Wan Saiful setakat ini masih belum berhasil.

Menulis di Facebook, Wan Saiful memohon maaf kerana tidak dapat menjawab semua pertanyaan bertubi-tubi kepadanya.

“Mohon maaf kerana tidak dapat menjawab semua panggilan telefon dan Whatsapp. Panggilan dan mesej masuk bertubi-tubi dan saya tidak sempat menjawab semuanya,” katanya.

Wan Saiful, 43, terkenal sebagai penganalisis politik, ekonomi dan dasar-dasar negara.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS