Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Tayangan filem percuma, tanda terima kasih Malaysiakini
Diterbitkan:  Feb 23, 2018 7:32 AM
Dikemaskini: Feb 23, 2018 3:24 AM

Malaysiakini akan mengadakan tayangan khas filem blockbuster Hollywood 'The Post' sebagai tanda ucapan terima kasih kepada semua penyumbang kepada Tabung Pembelaan Malaysiakini yang telah mencecah RM400,000 sejak pelancarannya pada 11 Jan.

Filem ini akan ditayangkan di pawagam TGV 1 Utama (di Pusat Membeli-belah 1 Utama di Bandar Utama, Petaling Jaya) pada jam 9 malam pada 1 Mac - seminggu sebelum tayangan perdana di Malaysia.

Kami dengan gembiranya mengumumkan bahawa semua penderma, dan pelanggan sekian lama kami, boleh mendapatkan dua tiket untuk filem ini.

'The Post' adalah sebuah filem thriller politik yang berkisar di sekitar percubaan Washington Post untuk menerbitkan dakwaan - dikenali sebagai Pentagon Papers - terhadap Presiden Amerika Syarikat Richard Nixon ketika puncak Perang Vietnam.

Ini adalah setahun sebelum skandal Watergate, juga didedahkan oleh Post, yang akhirnya menguburkan karier presiden Nixon.

Bintang filem Meryl Streep melakon watak penerbit Post Katherine Graham - CEO wanita pertama sebuah syarikat Fortune 500 - yang harus bekerjasama dengan legenda editor eksekutif Ben Bradlee, watak yang dibawa oleh Tom Hanks.


Filem ini telah dicalonkan untuk anugerah Filem Terbaik manakala Streep telah dicalonkan untuk Pelakon Terbaik untuk Anugerah Akademi tahun ini yang akan diumumkan pada 4 Mac.

"Tidak ada cara yang lebih baik untuk kami mengucapkan terima kasih kepada penyokong dan penyumbang kami, iaitu dengan kami bersama mereka menonton filem ini yang mengingatkan kami tentang misi Malaysiakini," kata ketua pengarang kumpulan Malaysiakini, Steven Gan.

"Ini juga peluang yang jarang berlaku bagi kami di Malaysiakini untuk bertemu dengan penyokong setia kami secara peribadi."

Perniagaan penerbitan

'The Post' juga memberi memaparkan tentang perniagaan dalam bidang penerbitan.

"Ia sentiasa sukar untuk menseimbangkan kepentingan perniagaan dengan keperluan untuk mengekalkan kewartawanan yang baik. Tetapi di Malaysiakini, kita dapat mengimbangi kedua-duanya," kata Ketua Pegawai Eksekutif, Premesh Chandran.

"Dengan bantuan para pelanggan dan penyokong, kami dapat meneruskan usaha ini selama 18 tahun tanpa mengkompromikan prinsip asas kami, dan kami berhasrat untuk meneruskannya pada masa yang mendatang."

Malaysiakini mempunyai 150 tiket untuk penderma dana Pertahanan Undang-undang kami dan juga pelanggan sekian lama kami (mereka yang telah melanggan Malaysiakini selama lebih daripada tiga tahun).

Untuk menempah tiket anda, sila email kepada [email protected] dengan tajuk 'The Post' bersama dengan nama dan nombor telefon anda. Juga, sila nyatakan sama ada anda mahukan satu atau dua tiket. Malaysiakini akan menghantar emel kepada anda untuk mengesahkan tempat duduk anda.

Tiket-tiket percuma ini diberikan berdasar siapa cepat dia dapat. Datanglah untuk bersama dengan warga Malaysiakini di sesi tayangan khas ini pada 1 Mac. Emel kami!

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS