Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Arab Saudi benarkan wanita sertai tentera
Diterbitkan:  Feb 27, 2018 9:25 PM
Dikemaskini: 1:30 PM

Arab Saudi untuk pertama kalinya membuka permohonan kepada wanita untuk menyertai tentera, lapor agensi penyiaran BBC.

Golongan wanita negara itu mempunyai masa sehingga Khamis ini untuk memohon keanggotaan tentera di wilayah Riyadh, Mekah, al-Qassim dan Madinah.

Bagaimanapun, laporan BBC itu berkata peranan wanita dalam tentera tidak melibatkan pertempuran tetapi akan memberi wanita peluang bekerja dalam bidang keselamatan.

Laporan itu juga menyebut senarai 12 syarat permohonan, antaranya pemohon ialah warga negara Arab Saudi berusia 25 ke 35 tahun dan memiliki diploma sekolah tinggi.

Wanita yang ingin memohon perlu mempunyai mahram, kebiasaannya suami, bapa, abang atau anak yang juga memiliki kediaman yang sama dengan lokasi pekerjaan.

Keputusan mengambil anggota tentera wanita itu merupakan antara langkah reformasi hak-hak wanita yang diperkenalkan baru-baru ini.

Raja Salman mengisytiharkan wanita dibenarkan memandu kereta sejak bulan Jun tahun lalu, manakala penonton bola wanita dibenarkan hadir perlawanan bola sepak sejak bulan lalu.

BBC juga melaporkan aktivis hak asasi manusia berkata sistem jagaan mahram kekal utuh walaupun kerajaan berikrar memansuhkannya.
 

Lihat Komen
ADS