Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad percaya orang terkaya di Malaysia Robert Kuok masih seorang yang patriotik terhadap negara ini.

“Dia kekalkan kerakyatan negara ini.

"Jika tiada tidak patriotik sudah tentu dia sudah lepaskan kerakyatan negara ini,” katanya dalam sidang media di Pekan hari ini.

Kuok, yang sebelum ini diserang bertali arus pemimpin BN selepas didakwa didakwa menaja DAP, menetap di Hong Kong.

Kenyataan pejabat Kuok menafikan dakwaan itu dan menegaskan bekas 'raja gula' berhak mengheret pihak yang membuat tuduhan itu ke mahkamah.