Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mengalu-alukan parti komponen Pakatan Harapan (HARAPAN) untuk menggunakan logonya pada pilihan raya umum (PRU) ke-14, kata presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Kami gembira jika mana-mana parti mahu menggunakan logo BERSATU pada PRU nanti. Kami alu-alukan.

"Tetapi persoalannya adalah kami perlu memutuskan logo mana yang akan digunakan (semua parti) pada PRU ke-14," katanya pada sidang media hari ini.

Muhyiddin menjawab soalan pemberita sama ada HARAPAN sudah memutuskan logo mana yang akan digunakan pada PRU akan datang.

Ia berikutan pengumuman Pengerusi HARAPAN Tun Dr Mahathir Mohamad semalam bahawa semua parti komponen gabungan itu akan bertanding menggunakan logo sama berikutan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) masih belum meluluskan pendaftaran mereka.

Mengulas perkara itu, Muhyiddin yang juga bekas timbalan perdana menteri berkata keputusan semalam hanyalah secara prinsip.

"Itu adalah keputusan secara prinsip, tetapi untuk melaksanakannya kita perlu mengambil kira Semenanjung, Sabah dan Sarawak," katanya.

Beliau merujuk kerjasama HARAPAN dengan Parti Warisan Sabah yang tidak menjadi komponen mereka.

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula berkata keputusan penggunaan logo itu tidak perlu dibuat dengan segera.

[Berita penuh menyusul]

Lihat Komen
ADS