Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Wan Saiful sertai BERSATU, dilantik timbalan ketua strategi
Diterbitkan:  Mar 1, 2018 2:36 PM
Dikemaskini: Mar 2, 2018 7:41 AM

WAWANCARA | Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEA) Wan Saiful Wan Jan secara rasmi menyertai BERSATU sebagai ahli seumur hidup.

Penyertaannya itu diumumkan oleh presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sidang akhbar di ibu pejabat BERSATU di Petaling Jaya petang ini. Spekulasi Wan Saiful menyertai parti itu timbul sejak minggu lepas.

Wan Saiful, yang adalah juga seorang penganalisis politik Malaysia, juga dilantik sebagai timbalan ketua biro dasar dan strategi BERSATU.

"Saya setuju bahawa Wan Saiful akan sertai sebagai timbalan ketua, bekerja dengan (ketua biro) Datuk Rais Hussin.

"Penyertaannya akan mengukuhkan kedudukan biro itu dan memberikan nasihat mengenai apa yang boleh dilakukan untuk menangani isu-isu di negara ini," kata Muhyiddin pada sidang media itu.

Beliau juga berkata bahawa dirinya sedang mempertimbangkan untuk melantik Wan Saiful menganggotai majlis tertinggi parti itu, memandangkan terdapat beberapa kekosongan jawatan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS