Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohammed Azmin Ali menolak aduan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bahawa peruntukan mereka dibekukan oleh kerajaan negeri bagi dua bulan terakhir.

Diminta untuk mengulas mengenai sidang akhbar PAS yang mendedahkan keluhan wakil rakyat mereka, semalam, Azmin memberitahu wartawan, "Sesiapa sahaja boleh mengadakan sidang akhbar.

"Jika tidak, kamu tidak ada berita untuk ditulis."

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri inkuiri Suruhanjaya Pilihan Raya di Shah Alam petang ini.

Beliau walau bagaimanapun mengelak soalan substantif sama ada kerajaan negeri telah menghentikan bayaran kepada 13 wakil rakyat dari PAS, dan mengapa keputusan itu dibuat.

Semalam, Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehen Mukhyi mendakwa terpaksa mengeluarkan wang sendiri berjumlah RM700,000 untuk program bagi dua bulan terakhir selepas peruntukan mereka didakwa dibekukan kerajaan negeri.

Sedangkan, katanya, peruntukan kepada wakil rakyat Pakatan Harapan tidak terjejas.

[Baca berita penuh]