Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Permohonan Badan Peguam Malaysia untuk mendapatkan panel Mahkamah Persekutuan yang terdiri daripada sembilan atau 11 anggota hakim yang sudah bersara dalam cabaran mereka terhadap pelantikan Ketua Hakim Negara Tun Md Raus Sharif dan Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin telah ditolak.

Badan Peguam mahu Hakim Besar Malaya untuk mengunakan kuasa budi bicara di bawah Seksyen 122 (1A) Perlembagaan Persekutuan untuk melantik hakim-hakim yang bersara.

Mahkamah Persekutuan hari ini mendapati bahawa walaupun Hakim Besar Malaya mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik panel hakim, namun mahkamah tidak mempunyai kuasa untuk menentukan bagaimana kuasa budi bicara itu dilaksanakan.

"Tidak ada sesiapa, mahupun mahkamah ini, mempunyai hak perlembagaan untuk mengarahkan kuasa budi bicara itu dilaksanakan atau tidak dilaksanakan atau menentukan bagaimana kuasa budi bicara itu dilaksanakan," kata Hakim Tan Sri Hasan Lah, yang mengetuai panel tiga anggota, ketika membaca penghakiman hari ini.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS