Petronas akan bayar dividen RM19 billion pada kerajaan
Diterbitkan: Mar 2, 2018 1:34 PM | Dikemas kini: Mar 2, 2018 1:36 PM
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) memberi komitmen untuk membayar RM19 bilion dividen kepada kerajaan, menurut ketua pegawai eksekutuifnya Wan Zulkiflee Wan Ariffin
Tahun lepas, kerajaan sebagai pemegang saham tunggalnya syarikat minyak negara itu membayar RM16 bilion kepada kerajaan, lapor Reuters.
Syarikat itu juga merancang perbelanjaan modal sekira RM55 bilion, lebih tinggi daripada tahun lepas yang mencatat angkaRM44.5 bilion.
Komitmen itu diberikan selepas keuntungan bersih Petronas pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017 melonjak 91.2 peratus kepada RM45.4 bilion daripada RM23.8 bilion pada 2016.

