Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kondom China kecil sangat, kata menteri kesihatan Zimbabwe
Diterbitkan:  Mar 2, 2018 6:07 PM
Dikemaskini: 10:14 AM

GLOBAL | Sebuah syarikat pengilang kondom China mempertimbang untuk mengeluarkannya kondom bersaiz lebih besar selepas menteri kesihatan Zimbabwe menegur produk negara komunis itu terlalu kecil buat rakyatnya.

Menteri itu David Parirenyatwa (bawah) dilapor membuat teguran itu dalam satu acara mempromosikan pencegahan HIV/Aids di Harare, ibu kota Zimbabwe minggu lepas.

“Negara-negara di selatan Africa mempunyai insiden HIV tertinggi dan kira sedang mempromosikan penggunaan kondom.

“Orang muda ada kondom yang mereka suka, tetapi kita tidak mengilangnya.

“Kita import kondom dari China dan ada sesetengah orang mengadu ia terlalu kecil,” beliau dipetik sebagai berkata.



Zhao Chuan, ketua eksekutif Beijing Daxiang dan His Friends Technology Co, memberitahu South China Morning Post bahawa syarikatnya merancang mengeluarkan pelbagai lagi saiz.

“Susulan permintaan berbeza dari pelanggan khususnya Zimbabwe, Daxiang sebagai pengilang China, mempunyai kemampuan dan tanggungjawab untuk memberi sumbangan.

“Jadi kita mulakan tinjauan berkaitan data pengguna di wilayah itu untuk membuat persediaan untuk produk masa depan yang bersaiz lain,” kata Zhao melalui e-mel.

Lihat Komen
ADS