Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PRU14: BN Johor bentang manifesto p'raya April depan
Diterbitkan:  Mar 3, 2018 3:16 PM
Dikemaskini: 7:22 AM

Barisan Nasional (BN) Johor akan membentangkan manifestonya pada awal April depan bagi menghadapi pilihan raya umum Ke-14 (PRU-14), kata pengerusinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata antara perkara utama dalam manifesto itu adalah menyediakan ekonomi yang sejahtera untuk rakyat negeri ini.

“Kita (BN Johor) akan menekankan ekonomi yang sejahtera, kita punya agenda ekonomi jelas tapi dalam masa yang sama bertujuan untuk membawa kesejahteraan pada rakyat.

“Dalam ekonomi yang sejahtera itu juga fokus utamanya ialah menangani kos sara hidup yang tinggi,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian My-Kasih Yayasan Pasir Gudang (YPG) Smart Food Programme 2018 di Johor Bahru, hari ini.

Mohamed Khaled yang juga menteri besar Johor berkata terdapat lima perkara utama yang menjadi tumpuan manifesto BN Johor yang menyasarkan tiga kumpulan iaitu wanita, anak muda serta orang kelainan upaya

Dalam pada itu, beliau menafikan dakwaan Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Salahuddin Ayub yang beliau dan pegawai kanannya terlibat dalam rasuah.

“Itu semua hanyalah tuduhan kerana dia (Salahuddin) ketandusan isu yang hendak dibangkitkan ” katanya.

Terdahulu, pada majlis Mykasih-YPG Food Programme, Mohamed Khaled menyampaikan sumbangan berjumlah RM235,200 kepada sebahagian daripada 245 penerima bantuan sara diri golongan tidak berkemampuan.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS