Warga Kedah merasa amat teruja apabila mendapat helmet percuma, kaca mata dan diskaun saman trafik sebanyak 5 peratus bersempena sambutan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Peringkat Nasional di Sungai Petani malam ini.

"Bagaimana kami tidak merasa teruja? Pemberian ini menunjukkan kami dihargai dan diiktiraf," kata pemimpin masyarakat setempat Linda Yee.

Yee yang juga pemangku Pengerusi Pemuda MCA berkata beliau terkejut kerana diberikan peluang bercakap di hadapan pemimpin nombor satu negara itu.

Yee juga menceritakan suatu kejadian yang mana dia menjadi saksi kemurahan hati kerajaan BN.

"Pada suatu hari, saya diundang  di Pejabat Daerah. Mereka sedang memberikan sumbangan makanan kepada warga emas. Mereka menitiskan air mata," tambah Yee yang berkata sumbangan termasuk makanan amat penting dalam sambutan Tahun Baru Cina.

Najib puji Yee, fasih berbahasa

"Mereka sangat sayang kita, kenapa tidak menyayangi mereka kembali?" Tanya Yee.

Sebagai wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Yee memohon kerajaan negeri untuk meluluskan peruntukan RM240,000 untuk dewan Sekolah Menengah Bakar Arang.

Sorakan hadirin menyambut ketibaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor yang hadir memakai baju merah pada jam 8.50 malam.

Mengiringi Najib dan isteri ialah Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz dan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Dalam ucapan beliau, Najib memuji Yee atas kefasihannya bercakap dalam Bahasa Kebangsaan.

"Saya tidak pasti beliau (Yee) akan jadi calon atau tidak," kata Najib.

Kira-kira 5,000 orang hadir di majlis sambutan tersebut yang dianjurkan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan di Sungai Petani hari ini.

[Baca berita penuh]