SPRM perlu minta maklumat polis Australia siasat pengarah Bukit Aman
SPRM perlu mendapatkan maklumat daripada Polis Persekutuan Australia yang mendakwa pegawai polis Malaysia terlibat dalam penggubahan wang haram, kata Anggita Parlimen Bukit Gelugor ramkarpal Singh.
Ramkarpal yang juga merupakan peguam berkata SPRM tidak boleh bergantung kepada siasatan dalaman polis Malaysia yang membersihkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Bukit Aman Datuk Sri Wan Ahmad Najmuddin Mohd.
"Memandangkan sudah ada siasatan dibuat di Australia berhubung perkara itu, SPRM tak perlu menunggu laporan dibuat di sini sebelum melakukan siasatan.
"SPRM seharusnya mendapatkan maklumat daripada polis Australia dan bekerjasama dalam siasatan berkenaan kerana ia merupakan satu dakwaan serius.
"Pembersihan nama Wan Ahmad hanyalah daripada siasatan dalaman, dan tidak konklusif, terutamanya dengan siasatan yang sedang dijalankan Polis Persekutuan Australia.
"Justeru, SPRM perlu menubuhkan siasatan bebas bagi menyiasat perkara ini, tanpa bergantung semata-mata kepada siasatan dalaman sekiranya ia mahu dilihat sebagai bebas dan telus," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ramkarpal berkata demikian sebagai mengulas kenayataan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Azam Baki yanag berkata agensi itu hanya akan mengadakan siasatan sekiranya ada laporan yang dibuat, selain menjelaskan bahawa siasatan dalaman polis telah membersihkan nama Wan Ahmad.
Menurut akhbar harian Australia Sydney Morning Herald, polis Australia melucutkan lebih RM971,800 dana Wan Ahmad, yang disyaki merupakan wang haram hasil penggubahan.
Laporan itu juga mendakwa pegawai polis Malaysia yang dikaitkan itu tidak menuntut semula dana berkenaan.

