Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Rafidah: Saya pernah minta Kuok ajar anak saya tentang etika
Diterbitkan:  Mar 4, 2018 10:45 PM
Dikemaskini: 4:04 PM

Bekas menteri Tan Sri Rafidah Aziz berkata Tan Sri Robert Kuok merupakan seorang yang begitu dihormati sehingga beliau meminta tokoh perniagaan itu mengajar anaknya mengenai etika.

"Kuok, yang saya kenali secara peribadi sejak awal 1980an, seorang yang saya sering berbual tentang integriti, kejujuran dan etika.

"Saya tidak pernah lihat beliau selain sebagai seorang yang mempunyai prinsip dan nilai yang generasi muda harus contohi.

"Saya malah meminta Kuok bercakap kepada anak-anak saya ketika mereka muda tentang etika," katanya melalui Facebook.

Rafidah, yang pernah meimpin Wanita Umno selama sedekad berkata, pilihan raya umum (PRU) ke-14 yang semakin hampir tidak seharusnya menjadi alasan bagi mana-mana parti "memecah-belahkan masyarakat" sebagai "modal politik".

Rafidah menegaskan perkara itu sebagai megulas serangan pemimpin Umno terhadap Kuok susulan tuduhan bahawa tokoh perniagaan itu mendanai DAP. Kuok telah menafikan tuduhan itu.

"Negara ini sudah terperangkap dalam kekeruhan ekoran isu-isu kleptokrasi.

"Tak perlu mengalihkan perhatian (orang ramai terhadap isu itu) dengan cara jijik dan merosakkan," katanya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS