Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Asrama sekolah di Penampang terbakar
Diterbitkan:  Mar 5, 2018 11:31 AM
Dikemaskini: 4:00 AM

Satu kebakaran berlaku di blok asrama sebuah sekolah menengah di Penampang pagi tadi ketika pelajar sedang berkumpul untuk satu perhimpunan mingguan di dewan sekolah berhampiran asrama itu.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, kejadian kira-kira 7.30 pagi itu melibatkan tingkat atas blok asrama lelaki dua tingkat di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Peter Mojuntin di Penampang.

"Keseluruhan kawasan (tingkat dua) terbakar 100 peratus, namun tiada kecederaan mahupun kematian dilaporkan.

"Kebakaran dapat dikawal sepenuhnya pada 8.07 pagi dan punca kebakaran sedang disiasat," kata kenyataan itu.

Seramai 53 pegawai dan anggota diketuai Hamsa Isnurdini bersama empat jentera, dua jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) dan empat buah utiliti dikerahkan ke tempat kejadian sejurus selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.33 pagi. -Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS