Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Saman Bilal Philips pada Zamihan dibicara 31 Julai

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini dimaklumkan bahawa pendakwah Kanada Abu Ameenah Bilal Philips telah membayar jaminan kos RM30,000 untuk kes saman fitnahkannya terhadap Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan pendakwah kontroversi tempatan Zamihan Mat Zin.

Peguam Bilal Philips, Meor Amir Meor Omar Baki, memberitahu pemberita di luar mahkamah bahawa bayaran itu dibuat pada 29 Januari lalu, sepuluh hari selepas Mahkamah Tinggi dimaklumkan berkaitan jumlah dipersetujui itu.

Meor Amir berkata mahkamah menetapkan 31 Julai hingga 3 Ogos untuk pendengaran saman Bilal Philips.

“Plaintif belum memuktamadkan senarai saksi, kami mahu memanggil beberapa saksi luar negara,” katanya.

Meor Amir berkata demikian selepas hadir di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Ahmad Zaidi Ibrahim untuk pengurusan kos.

Bilal Philips dan Zamihan dilaporkan bersetuju pada jumlah jaminan kos itu pada 19 Januari lalu.

Jaminan kos dikenakan terhadap jika plaintif seorang warganegara asing kerana dikhuatiri dia tidak dapat membayar kos jika kalah kes.

Bilal Philips, dalam kenyataan tuntutannya, mendakwa posting di Facebook Zaminan dari November 2016 memaparkan gambarnya dengan tulisan mendakwa dia menyokong keganasan antarabangsa.

Ia dibuat menjelang acaranya di Perlis.

Pendakwa asal Jamaica itu berkata dakwaan terhadapnya itu palsu dan fitnah kerana doa sebenarnya mempromosikan keamanan dan pemahaman Islam serta menolak keganasan atas nama agama.

Bilal Philips, yang memeluk Islam pada 70-an, berhujah dakwaan Zamihan bermaksud dia terlibat aktif dalam kegiatan keganasan dan ceramah-ceramahnya bermaksud ke arah itu.

Dia memohon ganti rugi lebih RM1 juta, yang akan ditentukan oleh mahkamah, selain ganti rugi teruk dan teladan.

Mahkamah sebelum ini mendapati Zamihan memfitnah NGO Syria Care dan mengarahkannya membayar RM50,000.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS