Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Universiti Islam larang penuntut pakai burka
Diterbitkan:  Mar 5, 2018 11:55 PM
Dikemaskini: 4:01 PM

GLOBAL | Pentadbiran Universiti Islam Negeri (UIN) Sunan Kalijaga di Yogyakarta melarang siswinya memakai burka (kain selubung) semasa menyertai sebarang aktiviti di kampusnya.

Rektornya Yudian Wahyudi bagaimanapun berkata mana-mana penuntut wanita yang melanggar arahan itu tidak terus dibuang.

Sebaliknya kata Yudian mereka akan diberi beberapa kali amaran serta sesi kaunseling sebelum langkah penyingkiran diambil sebagai tindakan terakhir.

"Berasarkan rekod kami ada 41 siswi dari pelbagai fakulti memakai burka di UIN ini," katanya seperti dipetik Tempo hari ini.

Burka ialah kain yang dikenakan pada seseorang untuk menutup seluruh tubuhnya, kecuali sedikit ruang pada mata untuk membolehkan pemakai melihat.


Baca Penjaga parkir tawar mata buat pegawai antirasuah


Kata Yudian UIN Sunan Kalijaga menubuhkan satu pasukan kaunseling untuk memandu siswi yang masih berkeras mahu mengekalkan burka semasa menyertai aktiviti di universiti berkenaan.

Menurutnya pusat pengajian itu adalah milik kerajaan yang mengajar penuntutnya berdasarkan amalan sederhana Islam serta selaras dengan Pancasila.

"Kita tahu sesetengah siswi yang memakai burka ini kadang-kadang terlupa kepada ibu bapa masing-masing," katanya.

Justeru kata Yudian pengurusan UIN Sunan Kalijaga akan turut berhubung dengan pihak ibu bapa siswi terbabit untuk menangani isu berkenaan.

Setakat ini lapor Tempo UIN Sunan Kalijaga adalah satu-satunya kampus yang menguatkuasakan larangan burka di Yogyakarta.

Lihat Komen
ADS