PARLIMEN l Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani berpandangan jika ekonomi tidak berjalan dengan baik orang ramai tidak akan mampu ke luar negara.

Pada sidang Dewan Rakyat hari ini, Johari berkata walaupun terdapat kebimbangan mengenai ekonomi negara, rakyat Malaysia membelanjakan lebih RM41 bilion di luar negara pada tahun 2015 dan angka itu meningkat kepada RM46 bilion pada tahun 2016.

"Kita bising-bising tetapi (ramai) rakyat Malaysia yang ke luar (negara) berbelanja.

“Kalau ekonomi tak berjalan dengan baik saya rasa orang tak mampu pergi luar negara,” katanya kepada Dewan Rakyat hari ini ketika menjawab soalan lisan.

Walau bagaimanapun, beliau mengambil maklum bahawa masalah persepsi adalah penting.

“Bila media memetik berita daripada peniaga, yang berniaga mengadu tak ada pertumbuhan, nampak GDP (Keluaran Dalam Negara Kasar) naik tapi tak ada pertumbuhan, dia rasa kenapa kedai tak untung...,” katanya.

[Baca berita penuh]